Rambut gugur jangan ambil mudah

RAMBUT gugur sewajarnya tidak dipandang ringan.

Ianya petunjuk badan sedang mengalami

1. Tekanan dan hipertensi

2. Kekurangan mineral

3. Kesihatan buah pinggang merosot

4. Masalah lemak hati

5. Gula tinggi dalam darah

6. Pertumbuhan sel kanser

Beberapa makanan yang dikenalpasti boleh memulihkan masalah rambut gugur dan seterusnya menstabilkan kesihatan badan keseluruhannya

1. Bayam

Bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, folat, omega-3, magnesium, kalium dan kalsium yang menjaga rambut agar tetap kuat dan sihat.

Kandungan vitamin A dalam bayam cukup tinggi dan vitamin ini membantu kelenjar menghasilkan sebum iaitu minyak semula jadi yang mampu melembapkan kulit kepala.

2. Biji Bunga Matahari

Ia kaya dengan vitamin B5 yang membantu melancarkan aliran darah pada kulit kepala dan mendorong pertumbuhan rambut.

Vitamin B5 bersifat asid pantotenat yang merupakan nutrisi penting dalam mencegah keguguran rambut.

3. Buah Bit

Buah bit diketahui mengandungi nitrat yang meningkatkan saliran darah dalam tubuh manusia. Ini dapat memberikan akar rambut kita oksigen dan nutrisien

4. Oat

Oat mengandungi beta-glukan yang merupakan jenis serat yang mudah larut. Keguguran rambut juga dikaitkan dengan gangguan hormon namun kandungan serat gandum dapat membantu memperbaikinya.

5. Daging ayam kampung

Asid arakidonat adalah salah satu faktor utama untuk merangsang pertumbuhan rambut agar menjadi tebal dan cantik. Daging ayam kampung adalah sumber utama asid ini.

6. Cili merah

Cili merah mungkin pedas tapi ia juga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.

7. Makanan laut

Makanan laut seperti kerang atau udang bermanfaat untuk merangsang pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan vitamin B, zat besi, iron dan vitamin D.

8. Minyak Castor

Sifat minyak castor yang menarik oksigen kedalam kulit sangat membantu kesihatan rambut.

Asid ricinoleic dalam minyak Castor membantu melembutkan salur darah, mengurangkan sumbatan seterusnya meningkatkan jumlah pengaliran darah kebahagian akar rambut.

Campurkan minyak Castor dengan minyak kelapa dan oleskan dipermukaan kulit rambut.

Biar kan untuk tempoh 30 minit sebelum dibilas.

0Shares
Penafian

Pihak Portal belalang.xyz tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rambut gugur jangan ambil mudah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*