Syarat mesti ada alat pengukur tekanan darah dirumah. Alat ini perlu kerana pengukuran perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Pengukuran secara agresif dapat memberi maklumat kesan apabila mengikuti protokol pulih darah tinggi dan keinginan berhenti ubat.
Sebagai peringatan Protokol dibawah perlu diikut dan peringkat permulaan ditegah terus berhenti ubat. Ini untuk mengelakkan badan mengalami kejutan dan akan memburukkan lagi keadaan.
1. Buat senaman atau aktiviti fizikal untuk tempoh sejam
2. Turunkan berat badan sebab salur darah kurang lemak jahat , rendah keradangan akan membantu menurunkan tekanan
3. Jangan merokok kerana tar nikotin dalam asap rokok menyebabkan salur darah luka. Ini menyebabkan berlaku timbunan kolesterol di tempat luka berkenaan. Kolesterol untuk membaiki kerosakan luka berkenaan.
Timbunan kolesterol menyebabkan penyumbatan.
4. Berhenti gula dan karbohidrat proses seperti G.I tinggi. Gula akan menyekat pengeluaran gas nitrik oksida dalam salur darah.
Sentiasa makan Beras rebus, beras perang, roti g.i rendah (Contoh Gardenia ungu)
Nasi putih, tepung putih tidak bagus untuk kesihatan.
5. Kurangkan garam putih sodium.(table salt) Guna garam Himalaya pink atau garam buloh.
Ambil potassium dari makanan seperti susu,ikan, avocado, pisang, oren, bayam, keledek kentang
6. Elakkan makanan proses kerana gula dan garam sodium sangat tinggi seperti makanan dalam tin, pizza, potato chip burger,ikan masin.
Awas walaupun tertulis low-fat tetapi mengandungi garam tinggi.
Ganti dengan kacang seperti almond,gajus pistachio,wallnut, kacang dal, kacang kerana lemak baik.
7. Ketegangan atau stres mesti dikawal. Kerana stres dikenal pasti penyebab kepada penyakit metabolik dan auto immune
8. Banyakkan Puasa sunat dan puasa berkala.( Intermittent fasting) Puasa secara konsisten akan menurunkan tekanan darah.
9. Banyakkan makan coklat hitam yang mengandungi 95% koko.
10. Amalkan makanan sihat seperti Herba Cakar kucing, seleri, epal hijau, timun,teh hijau, tomato(mengandungi likopen bahan untuk turunkan tekanan darah) bawang putih, minyak bawang putih, Halia atau teh halia tanpa susu dan gula, kulit kayu manis, buah pelaga, flackseed, minyak kelapa, minyak zaitun, flexi oil, minyak ikan membekalkan lemak baik untuk menghancurkan lemak jahat.
11. Tidur malam mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam. Tidur Siang tidak dapat menggantikan kelebihan tidur malam.
Jika tidur tidak mencukupi, hormon kortisol dan adrenaline akan dikeluarkan yang menyebabkan tekanan darah meningkat
Penafian
Pihak Portal belalang.xyz tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Cara kawal darah tinggi dan berhenti ubat " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.